“Saya & Suami Orang Yang Matang…Cerai Bukan Perkara Main-Main”

“Saya & Suami Orang Yang Matang…Cerai Bukan Perkara Main-Main”

“Saya & Suami Orang Yang Matang…Cerai Bukan Perkara Main-Main”


Pelakon Risteena menafikan dakwaan rumah tangganya dengan aktor Isa Khan sedang bergolak serta mengatakan cerai bukan perkara untuk dibuat main.

Menerusi hantaran di Insta Story, Risteena berkata dia dan suami tidak pernah berkongsi mengenai masalah rumah tangga di media sosial. 

BACA: “Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan 

“Saya dan suami ialah orang yang matang. Kami tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan berbuat demikian sampai bila-bila.

“Jadi, segala hantaran di media sosial langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah rumah tangga.

“Perkataan cerai bukan perkara main-main, jangan sewenang-wenangnya menulis atau menyebutnya sekiranya tiada perceraian atau pergolakan berlaku,” tulisnya.

Sementara itu, Risteena turut menjelaskan hantaran suaminya yang mencetuskan tanda tanya netizen itu adalah lirik lagu dan petikan.

“Saya sudah bertanya kepada suami. Ayat tersebut hanyalah lirik lagu dan ‘quotes’ untuk kandungan di TikTok. Saya rasa tidak penting untuk menjelaskan kepada sesiapa.

“Kami sibuk menguruskan perniagaan, jadi tidak perlu bertanya lagi. Elakkan fitnah dan bercakaplah perkara yang baik-baik saja,” katanya. 

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top