Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkongsi ciri-ciri wanita andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi.
Menerusi temu bual bersama Molek FM, Fazley berkata wanita berasal dari Kelantan menjadi perhatiannya serta memiliki kulit yang putih.
BACA: Fazley Yaakob Kerap Terima Mesej Nakal Lepas Cerai
“Sejujurnya saya ada travel pergi Terengganu, Kelantan, saya suka gadis gadis yang agak putih putih ni, jadi orang Kelantan mungkin jadi pilihan.
“Tak tahulah mungkin jiwa saya daripada kecil tu saya memang banyak travel ke luar negara. Jadi bila tengok di Malaysia, yang paling dekat macam Mat Salleh ni banyak wanita Kelantan lah sebenarnya. Putih comel tapi tak boleh kurus sangat, kena berisi sikit,” katanya.
Sementara itu, Fazley turut berkongsikan dia ada bertemu dengan kenalan dari media sosial namun wajah berbeza daripada dalam gambar.
“Adalah juga hari itu berkawan dengan orang Pantai Timur tapi gambar dia dari Instagram dengan berjumpa, lain.
“Dah jumpa depan-depan sampai saya tak kenal. Saya kata saya cari orang, dia kata sayalah orangnya,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley berkata andai bertemu jodoh lagi dia lebih memilih wanita di kalangan orang biasa berbanding selebriti.
“Saya kalau boleh orang biasa, selebriti itu pilihan nombor dua. Saya nak orang yang bulan dalam line saya. Kalau boleh dia punya kulit tu penting putih dan dia perlu ada isi sedikit tak boleh kurus sangat,” katanya.





