“Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah

“Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah

“Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah


Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bermakna selepas memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Keputusannya untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman dan anak sulung mereka iaitu Imane Lunara adalah keputusan yang tepat.

“Saya suka kehidupan saya sekarang. Tenang, sederhana dan penuh kasih sayang,” katanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, bintang drama Jesnita itu dilihat tenang menjalani rutin hariannya dalam menyediakan keperluan keluarga, malah turut memaklumkan kehidupannya kini lebih sederhana dan penuh kasih sayang meskipun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

“Anak saya kecil lagi. Tak sanggup mahu tinggalkan dia.

“Tunggu dia besar sikit saya kembali berlakon,” kongsinya.

 

Namun begitu, perkongsian Intan turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya dalam kalangan ibu-ibu yang mengagumi kehidupannya sebagai suri rumah yang tampak sempurna dan tenang.

Untuk rekod, Intan dan Ahmad Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang lahirkan pada 15 Disember 2024.



Source link

OR

Scroll to Top