“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan


Pelakon dan pengacara, Janna Nick secara terbuka tampil memohon maaf kepada pelakon, Puteri Balqis susulan kenyataannya sebelum ini yang mencetus spekulasi.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner sekeras-kerasnya menafikan dakwaan dia tidak menyukai Puteri Balqis atau menyokong pembuli.

“Saya masih tunggu jawapan, Puteri Balqis. Ok ke kalau kita berjumpa untuk jernihkan keadaan? Saya tak suka kalau awak nak ‘assume’ saya tak suka awak, dan saya backup pembuli.

“Sebab saya tak benci awak, dan saya tak backup pembuli.  Saya mesej awak di Instagram pun tak reply. Tapi awak mention saya terang-terangan dan buat tuduhan melulu?

“Andai kata, memang tak sudi jumpa. Tak mengapa, saya minta maaf atas salah laku saya selama kita pernah bekerjasama 10 tahun lepas untuk empat hingga lima hari (atau mungkin kurang dari itu),” katanya.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann ini turut menzahirkan doa buat Aqish agar dia terus dikunriakan rezeki demi menjaga keluarga.

“Saya doakan, awak terus dilimpahkan rezeki dan dapat terus jaga mak awak,” katanya.

Dalam masa sama, Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus.

“Dan saya pun minta maaf kepada semua, kalau threads saya ni jadi punca perbalahan ini. Saya salah. Saya tak patut cakap ‘learn let go and let Allah take care of it’.

“Saya doakan semua yang ada rasa dendam, benci, amarah, dan trauma akan diberikan kesembuhan, dilapangkan dada dan diberikam kebahagiaan,” katannya.

Artikel Berkaitan: Saling Hangat Berbalas Kenyataan! Puteri Balqis Bertegas, Nafi Ibu Pernah Berkata Buruk Soal Janna Nick

Artikel Berkaitan: Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

Artikel Berkaitan: “Block Je Kalau Sakitkan Mental” – Perkongsian Janna Nick Undang Perhatian, Netizen Dakwa Tuju Kepada Puteri Balqis?



Source link

OR

Scroll to Top