“Saya Tak Bergaduh Dengan Sesiapa”

“Saya Tak Bergaduh Dengan Sesiapa”


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau bertanyakan soalan mengenai gosip hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang didakwa diganggu seorang wanita.

Memetik HibGlam, menerusi sesi siaran langsung Bella berkata dia tidak bergaduh dengan sesiapa seperti yang didakwa serta memohon agar tidak bertanyakan mengenai perkara itu.

BACA: Netizen Persoal Tiada Gambar Bella Astillah DI IG Ibu Syed Saddiq? 

“Saya minta tolong jasa baik semua, jangan tanya fasal apa-apa pergaduhan. Alhamdulillah tiada gaduh dengan sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Bella turut berharap agar semua pihak positif serta tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kita positif okey? Kita mulakan hari Isnin (semalam) dengan benda-benda baik,” katanya.

Terdahulu, netizen mendakwa ibu Syed Saddiq dilihat sering memuat naik gambar bersama seorang wanita namun tiada hantaran gambar bersama Bella sekaligus menimbulkan tanda tanya.






Source link

OR

Scroll to Top