“Saya Tak Fikir Panjang, Marah & Sedih” – Uqasha Senrose Mohon Maaf

“Saya Tak Fikir Panjang, Marah & Sedih” – Uqasha Senrose Mohon Maaf


Pelakon Uqasha Senrose tampil memohon maaf secara terbuka susulan hantaran di media sosial berkenaan status perkahwinannya. 

Menerusi satu video di Instagram, Uqasha berkata dia mengakui kekhilafan serta ketelanjurannya dan bertanggungjawab atas hantarannya itu.

BACA: JAIP Sahkan Kamal, Uqasha Senrose Nikah 9.30 Malam 4 November 2021

“Saya mohon maaf di atas semua hantaran dan kapsyen yang telah saya lakukan sebelum ini sehingga mengundang kemarahan semua. Saya tak berniat langsung, saya minta maaf, saya tak patut bercakap tentang perkahwinan saya kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Uqasha mengakui ketika itu dia berada dalam keadaan emosi serta tidak berfikir panjang dan sepatutnya mengendalikan situasi tersebut dengan matang. 

“Ketika itu saya tidak fikir panjang, terlalu marah sedih dan letih jadi reaksi saya penuh dengan emosi. Saya tak cakap pun itu adalah alasan untuk saya berbuat demikian.

“Saya sepatutnya kendalikan semua dengan matang dan secara privasi tapi saya terbuat benda yang saya sendiri tak fikir panjang.

Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata dia kini mahu fokus pada diri sendiri serta perbaiki diri dan menjadi ibu yang baik buat Hawra Uqaira.

Jadi, sekarang saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri dan memperbaiki diri untuk menjadi manusia lebih baik dan paling penting sekali untuk jadi ibu yang baik,” katanya






Source link

OR

Scroll to Top