“Saya Tak Gembira Sampai Ke Sini” – Kamal Dedah Kena ‘Block’ Dengan Uqasha

“Saya Tak Gembira Sampai Ke Sini” – Kamal Dedah Kena ‘Block’ Dengan Uqasha


Pelakon Kamal Adli hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan kedua prosiding penceraian dengan isterinya, Uqasha Senrose.

Memetik mStar Online, Kamal berkata dia datang dengan niat baik mahu menyelamatkan rumah tangganya serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

BACA: Hilang Sabar, Tiada Persefahaman Punca Uqasha Senrose Fail Cerai

“Sudah tentu saya nak selamatkan rumah tangga sebab itu tanggungjawab saya. Hari itu saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja, tapi hari ini saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah,” katanya.

Sementara itu, Kamal berkata dia berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan isterinya kerana nombor telefonnya disekat dan tidak gembira apabila perlu sampai ke mahkamah untuk selesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Sekarang saya hanya berhubung melalui peguam saja. Ada ‘roadblock’ atau sekatan yang dibuat terhadap saya sejak 27 September lalu.

“Saya gementar sebab tak pernah sampai ke tempat macam ini. Benda ini tak seronok dan saya tak gembira pun sampai ke sini,” katanya.

Terdahulu, peguam mewakili Uqasha berkata anak guamnya memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman dan Kamal juga tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top