Saya tak kisah- Alyph beri sokongan kepada Ziana Zain

Saya tak kisah- Alyph beri sokongan kepada Ziana Zain


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Alyph, tidak pernah mengambil tahu kontroversi yang melanda rakan duetnya dalam album The Storm iaitu Ziana Zain.

Bagaimanapun, Alyph yakin Ziana mampu menghadapi ujian ini dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Saya tak kisah, sebab apa-apa cerita artis yang mengalami kontroversi ini adalah hak dan kisah mereka.

“Saya akan ada untuk beri sokongan. Tapi, pada saya Kak Gee (panggilan Ziana) adalah seorang yang sangat berkelas, saya hanya akan memberi kepercayaan.

“Mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk menghadapi situasi ini,” katanya.

Penyanyi asal Singapura ditanya mengenai Ziana Zain yang merupakan antara tiga selebriti yang dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM  bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Ops Sky.

Selain Ziana selebriti lain yang dipanggil ialah Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Dalam pada itu, mengulas sambutan album The Storm, Alyph atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdullah, 35, bersyukur apabila ia mendapat sambutan positif daripada pendengar.

“Hari ini sebenarnya Apple menganjurkan acara untuk saya berkongsi pengalaman dalam proses penghasilan album debut saya, iaitu The Storm.

“Sebenarnya ini adalah for platform diberi untuk saya buat persembahan dan bertemu peminat.

“Album ini baru dilancarkan seminggu, jadi peminat yang hadir mungkin sudah dengar dan mahu tanya lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Alyph ditemui selepas membuat persembahan sempena pelancaran albumnya, The Storm di Apple Store, The Exchange TRX di sini, hari ini.

Alyph berkolaborasi bersama Ziana menerusi dua lagu dalam album The Storm iaitu Teman dan Gerak yang dilancarkan bulan lalu. -UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top