Saya tak makan pedas sepanjang Ramadan

Saya tak makan pedas sepanjang Ramadan



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Sebagai pemain pertahanan skuad bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Khuzaimi Piee sudah tentu memiliki pelbagai pengalaman beraksi di bulan puasa. Juga seperti individu lain, dia juga mempunyai kisah silam menarik terutama berpuasa ketika zaman kanak-kanak.

Ikuti perkongsian pemain berusia 32 tahun kelahiran Melaka itu mengenai rutin di bulan puasa bersama Metro Ahad.

Pengalaman tidak dapat dilupakan ketika berpuasa?

Kerap curi-curi minum air ketika kecil tanpa pengetahuan keluarga kerana terlalu penat selepas bermain pada waktu petang.

Pada usia berapa mula berpuasa penuh?

Mula berpuasa seawal usia enam tahun apabila dilatih oleh ibu bapa supaya cuba berpuasa walaupun hanyalah setengah hari.

Apakah juadah wajib yang mesti ada di meja berbuka?

Saya amat meminati murtabak terutama di bazar Ramadan di kampung halaman iaitu Krubong, Melaka. Selain itu, saya juga menggemari tepung pelita.

Bazar Ramadan kegemaran dan mengapa?

Saya tidak mempunyai bazar Ramadan kegemaran. Bagi saya, semua bazar Ramadan adalah sama dan paling penting mempunyai pelbagai juadah berbuka puasa.

Memori bersahur ketika kanak-kanak?

Memori atau pengalaman ketika bersahur adalah dapat makan bersama keluarga kerana ia bukan satu perkara yang boleh kerap dilakukan apabila sudah dewasa.

Apakah cabaran terbesar ketika berpuasa?

Cabaran terbesar adalah perlu bijak membahagikan waktu antara berpuasa dan bekerja. Pekerjaan sebagai pemain bola sepak banyak menggunakan tenaga terutama ketika sesi latihan, sekali gus perlu bijak menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan.

Makanan yang cuba dielakkan sepanjang Ramadan?

Walaupun saya berasal dari Melaka namun sebenarnya tidak akan makan pedas sepanjang tempoh Ramadan.

Bagaimana Ramadan kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya?

Ramadan kali ini agak berbeza kerana saya perlu berjauhan dengan isteri dan anak kerana tuntutan kerja. Situasi terbabit tidak dapat dielakkan kerana masing-masing mempunyai komitmen.

Apakah perubahan positif yang diharap dapat teruskan selepas Ramadan?

Perubahan postif adalah sentiasa bersederhana dalam segala perkara iaitu tidak berlebihan dan membazir.

Apakah kenangan paling berharga ketika solat tarawih?

Kenangan yang mungkin sukar dilupakan dan tidak boleh diulangi lagi adalah solah tarawih dan bermain bersama rakan-rakan di masjid ketika Ramadan era kanak-kanak.

Berapa rakaat biasanya anda lakukan ketika solat tarawih?

Kebiasaan akan melakukan 8 rakaat untuk solat tarawih.

Apa petua kesihatan diamalkan sepanjang Ramadan?

Perkara penting adalah perbanyakkan minum air masak dan kurangkan makan makanan pedas.

Lebih suka berbuka puasa di rumah, gerai atau secara berbufet?

Lebih selesa berbuka di rumah di samping ahli keluarga.

Sajian paling disukai ketika bersahur?

Telur masak kicap. Menu wajib setiap kali bersahur.

Sudah buat persiapan raya atau belum?

Kebiasaannya persiapan raya adalah pada minggu terakhir bulan puasa. Saya akan bawa ahli keluarga ke bazar raya untuk mencari pakaian baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top