“Saya Tak Marah…Salah Ke Minta Izin Dulu Nak Pergi Umrah?” – Beego

“Saya Tak Marah…Salah Ke Minta Izin Dulu Nak Pergi Umrah?” – Beego


Pelakon Beego meluahkan rasa kecewa isterinya, Linda Hashim didakwa tidak meminta izin sebelum menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.

Memetik mStar Online, Beego berkata mesej yang dihantar kepada Linda bukan kerana marah tetapi mahu mengingatkan mengenai statusnya yang masih isterinya.

BACA: Tiga Kali Beego Tak Hadir, Mahkamah Beri Amaran Keras 

“Saya tak marah pun. Sebagai suami bila isteri nak pergi umrah, saya reda saja. Cuma saya cakaplah sebab dia masih berstatus isteri saya.

“Dia tak ada pun mina izin. Tiada apa pun, biasalah nak manja-manja sikit. Itu daripada pihak saya. Kalau dia nak terasa terpulanglah. Saya bukan jenis yang muat naik semua benda.

“Saya memang tak ada niat lain. Sekurangnya cukuplah dengan ayat ‘Assalamualaikum, saya nak minta izin pergi umrah’, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Beego berkata meskipun Linda memfailkan cerai namun dia masih isterinya yang sah di sisi undang-undang.

“Saya nak persoalkan status saya sebagai suami. Ada isteri yang pergi mahkamah dan masih isteri sah tapi tak minta izin. Salah ke saya persoalkan benda tu?” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top