“Saya Tak Nak Jadi Watak Jahat Beritahu Anak Berita Buruk Ini”

“Saya Tak Nak Jadi Watak Jahat Beritahu Anak Berita Buruk Ini”

“Saya Tak Nak Jadi Watak Jahat Beritahu Anak Berita Buruk Ini”


Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia mahu memberitahu anak-anak mengenai berita perceraian tersebut bersama bekas suaminya.

Memetik Harian Metro, Dr Fie berharap Nubhan dapat memberi kerjasama untuk memberitahu berita buruk itu kepada anak-anak memandangkan mereka masih kecil untuk memahaminya.

BACA: “Sebelum Ini Ada Sokongan Suami, Sekarang Perlu Buat Semua Sendiri” 

Menurut Dr Fie, buat masa ini jika anak-anak bertanya dia hanya memberitahu bapa mereka sibuk bekerja.

“Saya harap Nubhan dapat bekerjasama untuk beritahu pada anak-anak. Buat masa sekarang, saya cuma beri alasan kepada anak-anak yang abah mereka sibuk bekerja.

“Saya juga tak naklah jadi watak jahat ketika beritahu berita buruk ini. Anak-anak memang ada bertanya mengenai abah mereka terutama anak kedua yang pernah tanya saya kenapa abah tidak balik ke rumah,” katanya.

Sementara itu, mengenai keadaan mental dan emosi anak-anaknya, Dr Fie berkata setakat ini masih stabil serta tidak menunjukkan gangguan susulan kemelut perceraian mereka.

“Saya ada tanya cikgu di sekolah tentang perkembangan anak-anak. Alhamdulillah tiada perubahan drastik, tiada menangis, tiada kawan ejek, semua baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top