“Saya Tak Pernah Minta Nafkah Masa Anak-Anak Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu” 

“Saya Tak Pernah Minta Nafkah Masa Anak-Anak Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu” 


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkata mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami bekas suaminya, Norman Hakim ketika itu tidak berkemampuan.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berpendapat tindakan Abby itu adalah wajar kerana jika nafkah dituntut ketika bekas suami tidak berkemampuan jumlah diperoleh mungkin kecil.

BACA: Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri

“Walaupun menang kes, paling-paling pun RM100 sebulan. Elok la apa yang Abby buat. Bila dah mampu dia tuntut, dapat juga walaupun belum habis nafkahnya,” katanya.

Hantaran individu itu mendapat perhatian Abby yang mengatakan ketika anak kecil dia tidak berbuat demikian kerana tahu bekas suaminya tidak mampu.

Namun, Abby meluahkan rasa pelik ada segelintir pihak memarahinya apabila dia mahu mendapatkan haknya semula.

“Bagi kes saya, memang tak pernah nak minta langsung nafkah sewaktu anak-anak saya masih kecil. Sebab saya tahu, bekas suami saya tak mampu.” Dulu memang dia tak berapa ada pun, tapi sekarang dah ada dan dah jadi jutawan.

“Apa salahnya bagi semula hak saya. Yang lain tak ada kena mengena, nak merentan dan marah-marah saya dah kenapa? Pelik-pelik saja perempuan zaman sekarang






Source link

OR

Scroll to Top