Kini sudah mencecah 48 tahun, Che Puan Sarimah Ibrahim berkata usia bukan penghalang untuk pelakon wanita terus kekal relevan dana industri hiburan.
Memetik mStar Online, Sarimah berkata berpendapat persepsi pelakon wanita berusia akan tenggelam adalah tidak tepat kerana banyak pengalaman dilalui untuk dibawa ke pentas lakonan.
BACA: Kekal Awet Muda Di Usia 42 Tahun, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim
“Sebagai pelakon wanita yang dah meningkat usia, tak semestinya karier kita pudar dan menghilang dalam industri. Tak semestinya kita kena ambil watak macam penyondol saja tau seumpanya. Kita ada banyak lapisan.
“Sebenarnya makin kita berusia, makin banyak pengalaman hidup yang kita boleh bawa ke layar,” katanya.
Sementara itu, Sarimah berpendapat pengalaman dalam lakonan tidak boleh ditandingi dengan kecantikan semata-sama dan komitmen dalam bekerja lebih penting dari penampilan.
“Pengalaman berlakon tidak boleh dikalahkan dengan kecantikan. Masih boleh dapat watak utama tapi kena komited untuk berikan 100 peratus. Jangan simpan. Kalau tak banyak babak kita perlu jadi cantik, tak mengapa,” katanya.
Membawakan watak Seroja dalam filem Pewaris Susuk, Sarimah berkata dia tidak pernah merasakan dirinya cantik serta mengakui ada kekurangan.
“Cantik itu subjektif. Ada orang anggap kacukan itu tak cantik. Saya tak tahu makna sebenar cantik. Saya tak pernah rasa diri saya cantik.
“Saya juga ada kekurangan. Kita semua rasa seperti itu. Disebabkan itu saya rasa ada perkara yang sama antara watak Seroja iaitu dia sentiasa rasa dirinya ada kekurangan,” katanya.
Sumber: mStar Online





