“Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Diri Saya” 

“Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Diri Saya” 


Pelakon Fasha Sandha tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan kononnya dia berhenti mengikuti akaun seseorang di media sosial.

Menerusi satu sesi siaran langsung, tampil menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan dia tidak pernah ‘unfollow’ sesiapa kerana itu bukan dirinya malah masih lagi mengikuti bekas suaminya, Jejai meskipun sudah bercerai.

BACA: Ramai Nak ‘Unfollow’ Fasha Sandha Gara-Gara Hadir Majlis Resepsi Fattah & Amira

“Saya tak pernah follow sesiapa, itu bukan diri saya. Saya tak pernah unfollow sesiapa pun. Tak kisahlah siapa pun, saya tak akan unfollow. Walaupun bekas suami, kami masih mengikuti antara satu sama lain. Kita tak akan unfollow, itu bukan budaya saya,” katanya.

Menurut Fasha lagi dia baru sahaja mengetahui mengenai fungsi ‘remove followers’ di media sosial selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.

“Semalam baru tahu daripada staff saya. Tak ada motif pun. Sebab itulah saya rasa benda ni kena beritahu orang ramai, biar semua tahu fungsi tu. Kena kongsi knowledge ni.

“Bila diri sendiri yang remove orang, dia nampak macam kita yang unfollow, padahal sebenarnya kita yang remove. Jadi macam budaya follow-unfollow ni bukan budaya saya. Tapi saya okay je, boleh diibaratkan macam plot twist jugalah.

Sejak beberapa hari lalu timbul dakwaan Fasha tidak lagi mengikuti akaun Instagram seseorang apabila hangat diperkatakan oleh seorang pengguna di Threads.






Source link

OR

Scroll to Top