“Saya Tak Suka Orang Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

“Saya Tak Suka Orang Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan


Pelakon Que Haidar menjadi perhatian ramai apabila mengeluarkan kenyataan mengenai aktres Fazura ketika siaran langsung baru-baru ini.

Dalam perkongsian berkenaan, Que mempersoalkan mengapa dia perlu memberi emas kepada aktres tersebut kerana jodoh belum pasti lagi.

BACA: “Que Suruh Saya Jalan Di Depan, Sebenarnya Agama Kita Meratukan Wanita”

“Kenapa saya kena beli untuk Fazura? Saya beli untuk bakal isteri saya dan kita tak tahu siapa bakal isteri sebenar saya. Entah-entah yang kat komen ini. Korang ni menekan betul,” katanya.

Sementara itu, Que berkata dia kurang selesa apabila ada segelintir individu menentukan hidupnya kerana dia menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada Tuhan.

“Kadang saya tak suka orang mengatur hidup saya. Saya menyerahkan segalanya pada Allah,” katanya. 






Source link

OR

Scroll to Top