Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun menurut laporan Berita Harian, Shahril yang digantung keahlian UMNO selama enam tahun kerana didakwa melanggar disiplin parti tidak berkecil hati.
Shahril Hamdan

“Tak dapat apa-apa jemputan daripada Pemuda (meskipun) hari ini persidangan Pemuda, but it’s OK,” katanya.
Artikel lain: KJ buat kemunculan, kembali hadir ke Perhimpunan Agung UMNO hari ini
Shahril Hamdan

Kemunculan Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pagi ini menarik perhatian ramai selepas dipecat daripada parti pada Januari 2023.
Difahamkan, beliau menghadiri perhimpunan itu atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)






