“Saya Terima Cik B Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat”

“Saya Terima Cik B Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat”


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akui tersentuh membaca luahan emosi anaknya, Cik B, yang tular baru-baru ini.

Memetik BH Online, Vida berkata dia tidak sangka anaknya berkongsikan perasaan secara terbuka dan Cik B pernah memberitahunya bahawa dia tidak boleh menjadi anak perempuan seperti yang dimahukan.

BACA: “Dalam Kehidupan Lain, Saya Akan Jadi Anak Perempuan ‘Girly’ Seperti Dia Impikan” – Cik B 

“Sebenarnya, saya tengok perkongsian Cik B selepas viral. Saya tidak sangka dia buat perkongsian sebegitu. Dia seperti betul-betul merasakan dia tidak cantik.

“Dia selalu cakap kepada saya, dia tak boleh jadi anak mama seperti yang mama harapkan. Saya tidak sangka dia luahkan itu dalam media sosial.

“Saya selalu tanya dia, apakah dia sayang mama. Dia cakap sayang. Jadi, dia memang katakan dia berharap boleh jadi anak perempuan seperti yang saya mahukan, tetapi, bagi dia, tak boleh,” katanya.

Bagaimanapun, Vida berkata dia melihat perubahan anaknya dan kasih sayang terhadap anaknya itu tidak berubah serta menerima Cik B seadanya.

“Dahulu, dia tidak bersolek dan tidak pakai pencuci muka. Sekarang, dia pakai dan muka bersih. Dahulu, penampilan Cik B ala ‘tomboy’ sebab selesa dan memudahkan dia.

“Insya-Allah dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Apaa-apapun saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B.

“Saya simpan kesedihan. Saya tak nak tunjuk kepada dia. Saya nampak dia ‘struggle’ jadi anak perempuan yang kelihatan ‘girlish’. Saya terima Cik B seadanya. Saya sayang Cik B. Apa-apa pun, Cik B anak mama yang hebat,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top