Pelakon, Nadia Brian bersikap terbuka dan reda sekiranya hubungan yang sedang terjalin antara dirinya dan usahawan, Nedim Nazri tidak berakhir dengan baik.
Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, menjelaskan hubungan mereka masih terlalu baru memandangkan kedua-duanya hanya mula mengenali antara satu sama lain sejak Disember tahun lalu.
Menurutnya, dia menyerahkan sepenuhnya soal masa depan hubungan tersebut kepada ketentuan takdir.
“Betul, kami baru sahaja berkenalan pada Disember 2025. Kalau ada jodoh, ada lah… kalau tak ada, tak ada lah,” katanya membalas komen seorang pengguna di platform Threads.
Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang belum pasti dan akan terus menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya macam biasa, tetap akan fokus pada keluarga tercinta dan kerjaya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nadia timbul dakwaan hubungannya bersama Nedim atau mesra disapa Boss Nedd sudah putus cinta.
Spekulasi tersebut tercetus apabila peminat mendakwa mereka tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri






