“Saya Tetap Ingatkan Anak-Anak, Dia Tetap Abah Kepada Humairah & Umar”

“Saya Tetap Ingatkan Anak-Anak, Dia Tetap Abah Kepada Humairah & Umar”

“Saya Tetap Ingatkan Anak-Anak, Dia Tetap Abah Kepada Humairah & Umar”


Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri berkongsikan dia dan anak-anak gembira meraikan Ramadan dan Syawal untuk tahun kedua di luar negara.

Menerusi temubual bersama Melodi, Shuhada turut mengulas mengenai pencapaian anak sulungnya, Humairah yang menerima anugerah Pelajar Terbaik di sekolah.

BACA: Shuhada Bangga & Syukur, Anak Dinobat Pelajar Terbaik Sekolah Di Australia 

“Apapun, Alhamdulillah dengan pencapaian Humairah dalam pelajaran. Walaupun perjalanan dia masih panjang, tetapi saya rasa ia macam kejayaan membayar semangat saya dan anak-anak di sini.

“Semoga dia akan terus berusaha lagi untuk berjaya. Kami pun terkejut dan tak sangka Humairah berjaya dapat anugerah Pelajar Terbaik di sekolahnya. Alhamdulillah, rasa sebak nampak kejayaan dia depan mata,” katanya.

Sementara itu, Shuhada berkata meskipun mereka berada di negara orang namun budaya serta adab sentiasa menjadi keutamaan.

“Sebenarnya apa yang kita doakan lepas-lepas itu, Allah makbulkan. Saya selalu cakap dengan anak-anak macam mana pun kita jauh merantau, budaya dan adab kita tetap kena semat dalam hati,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah anak ada bertanyakan mengenai Hafidz, Shuhada berkata anaknya seronok menjalani kehidupan disana namun sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai bapa mereka.

“Saya tetap ingatkan anak-anak, walau apa pun yang berlaku, dia tetap abah kepada Humairah dan Umar,” katanya.

Sumber: Melodi






Source link

OR

Scroll to Top