‘Saya tiada asas cabar keputusan’ – Beasley

‘Saya tiada asas cabar keputusan’ – Beasley


PENGARAH teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley menegaskan pihaknya tidak mempunyai asas kukuh mencabar pembatalan dikenakan terhadap jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang pada saringan pertama acara keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris, pada Sabtu.

“Anda tidak boleh melepasi roda depan motosikal sebelum motosikal meninggalkan trek.

“Namun kita melepasi lebih satu kaki di depan dan saya tiada asas untuk mencabar keputusan yang dibuat,” kata Beasley memberi penjelasan penyingkiran Azizulhasni kepada Astro Arena.

Sebelum itu, Azizulhasni prospek emas negara di Paris 2024 tersebut dibatalkan penyertaan selepas terlalu awal memotong derny yang bertindak sebagai pacer.

Tindakan pelumba kelahiran Dungun Terengganu berusia 36 tahun itu juga menyebabkan perlumbaan dimulakan semula yang dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer diikuti pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland kedua.

Pembatalan itu juga menyaksikan Azizulhasni pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak layak ke pusingan repechages keirin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top