Saya tiada dalam mesyuarat ketika keputusan dibuat – Saifuddin Nasution

Saya tiada dalam mesyuarat ketika keputusan dibuat – Saifuddin Nasution


am@hmetro.com.my

Sandakan: Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa beliau tidak berada dalam mesyuarat parti yang membincangkan mengenai peletakan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saifuddin berkata, beliau berada di Sabah bagi menjalankan tugas rasmi ketika mesyuarat itu berlangsung semalam.

“Saya tidak berada dalam mesyuarat kerana ketika itu saya berada di Sabah.

“Mesyuarat itu berlangsung semalam dan saya menjalankan tugas rasmi di Sabah,” katanya dalam sidang media selepas program tinjauan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bersama 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semalam yang memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar bermula selepas Kongres Nasional 2026.

MPP turut melantik Saifuddin Nasution menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil dilapor berkata keputusan itu dibuat selepas MPP meneliti permohonan Nurul Izzah untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan serta mendengar pandangan beliau dan barisan kepemimpinan parti.

Sementara, Nurul Izzah dalam kenyataannya semalam menjelaskan hasrat keputusannya melepaskan jawatan itu dibuat selepas pertimbangan panjang bagi membolehkannya meneruskan pengajian lanjutan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top