“Tidak perlu pun saya kata apa-apa. Kita yang beragama Islam pun tahu apa yang sepatutnya”.
Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan isu mengaitkan dirinya solat tanpa mengenakan telekung sepeti yang tular baru-baru ini.
Tegas Siti, beliau tidak perlu untuk membalas kata-kata atau kecaman yang diberikan warganet kerana pihak yang lebih arif mengenai agama telahpun menjelaskan mengenai hal yang berkaitan.
“Saya masih lagi memperbaiki diri dan amalan. Apa yang saya harapkan Allah beri saya kekuatan dan kesabaran.
“Bukan nak jadi anak seni kerana setiap yang dibuat pasti akan jadi tumpuan.
“Bagi saya, soal berkaitan ibadat… saya tidak perlu untuk membalas semula sebab Ustaz pun sudah jelaskan. Kita beragama Islam tahu apa yang sepatutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan meminta semua pihak di luar sana agar sentiasa bersangka baik terutamanya di bulan Ramadan.
“Bulan Ramadan yang mulia ini, kita bersangka baik.
“Solat guna jubah, bukan bermula dari saya. Sebelum ini, orang sudah tahu kita solat perlu tutup aurat. Tidaklah saya buat itu untuk orang ikut saya. Saya fikir ini terpulang kepada individu.
“Apa yang ditetapkan agama seperti menutup aurat ketika solat dengan sempurna, itu sudah cukup untuk kita tahu,”jelasnya.
Mengulaa lanjut, Siti mengakui kejadian itu boleh dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan namun, berharap perkara itu tidak menjurus kepada fitnah.
“Solat guna jubah, bukan bermula dari saya. Sebelum ini, orang sudah tahu kita solat perlu tutup aurat. Tidaklah saya buat itu untuk orang ikut saya. Saya fikir ini terpulang kepada individu.
“Apa yang ditetapkan agama seperti menutup aurat ketika solat dengan sempurna, itu sudah cukup untuk kita tahu,”ujarnya.

Sebelum ini, tular beberapa foto milik Siti sedang menunaikan solat dengan hanya mengenakan pakai jubah dan tidak memakai telekung sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.
Bagaimanapun, menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, solat berkenaan adalah sah selagi menepati syarat aurat dan rukun solat.
Sumber: Berita Harian






