“Saya tutup mata ketika memotong’

“Saya tutup mata ketika memotong’


Qabil Irfan meraih podium pertama ESBK buat kali ketiga pada musim ini. – Foto: FB ZK Racing.

SAYA tutup mata ketika memotong (selekoh terakhir menuju penamat).”

Demikian seloroh pelumba berbakat negara, Qabil Irfan Azlan mengimbas kejayaan mengungguli Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Sepanyol pada Ahad.

Qabil Irfan bersama kru pasukan meraikan kejayaan menjuarai Perlumbaan 2 ESBK di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol. - Foto: FB ZK Racing.

Qabil Irfan bersama kru pasukan meraikan kejayaan menjuarai Perlumbaan 2 ESBK di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol. – Foto: FB ZK Racing.

Pelumba pasukan Frando Racing VHC Team Luqui Moly itu menjuarai Perlumbaan 2 selepas bersaing sengit dengan dua lagi pelumba dengan perbezaan kurang 0.1 saat (s) di Litar Catalunya, Barcelona.

Keputusan tersebut mengubat kecewa pelumba berusia 13 tahun itu yang terpaksa berpuas hati menutup Perlumbaan 1 sebagai naib juara pada Sabtu.

“Agak susah untuk ke depan (memotong). Saya cuba lagi untuk lihat sama ada pelumba lain boleh pintas saya di selekoh ke-10. Tetapi tak sempat (melakukannya) kerana saya sudah pun dipotong.

“Namun saya cuba lagi di selekoh terakhir dan yakin boleh lepas (seterusnya melepasi garisan penamat,” ujar Qabil Irfan.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran ketiga buat pelumba yang berasal dari Terengganu itu selepas menjuarai kedua-dua perlumbaan Pusingan 1 di Litar Jerez, Sepanyol April lalu.

Qabil Irfan akan kembali berlumba di Litar Aragon, Sepanyol pada 28 dan 29 Jun ini.

“Saya menjangkakan perlumbaan selepas ini menjadi lebih sengit,” katanya.

Selepas saingan di Catalunya, Qabil Irfan kekal menerajui carta pelumba kejuaraan ESBK selepas dua pusingan setelah mengutip 95 mata.



Source link

OR

Scroll to Top