Pelakon Mimi Lana berkongsi pesanan ringkas mengenai perasaan sayang dan benci menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya.
Menurut Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, setiap perasaan mahupun emosi perlu dikawal agar tidak memberikan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun orang sekeliling.
” Sayang jangan sampai hannyut, benci jangan sampai melarat,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap perkara yang dilakukan secara berlebihan pastinya akan membawa kepada perkara-perkara negatif dan tidak baik.
“Apa yang berlebihan akhirnya hanya akan menjerumuskan hati ke dalam kegilaan. Salam seminggu akhir Ramadan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kata-kata yang dititipkan Mimi yang disifatkan sebagai peringatan berguna terutama ketika umat Islam menghampiri penghujung Ramadan.








