“Sayangi Anak Kita, Jangan Menyesal Di Kemudian Hari” – Fazura Terkesan Seorang Ibu Abaikan Hasrat Anak Pakai Kostum Haiwan

“Sayangi Anak Kita, Jangan Menyesal Di Kemudian Hari” – Fazura Terkesan Seorang Ibu Abaikan Hasrat Anak Pakai Kostum Haiwan


Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui seorang ibu enggan menunaikan permintaan anaknya yang berusia 10 tahun untuk memakai kostum haiwan kegemaran sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah.

Menerusi satu ciapan di Threads, seorang individu tampil berkongsi kejadian itu sambil menegur tindakan wanita berkenaan yang digelar sebagai ‘mak joy killer’ kerana tidak mengizinkan anaknya menyertai aktiviti tersebut.

“Astagfirullah… Semoga ibunya dikurniakan petunjuk dan hidayah Allah SWT atas kekhilafan ini,” tulis Fazura.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 42, itu turut mengingatkan ibu bapa agar lebih menghargai anak-anak yang dianggap amanah dan nikmat terbesar daripada Allah SWT.

“Sayangilah anak kita. Anak adalah amanah dan rezeki terbesar Allah SWT. Jangan sampai menyesal di kemudian hari,” katanya.

Fazura turut menitipkan doa buat kanak-kanak dikenali sebagai Umar, agar segala keinginan dan kebahagiaannya dipermudahkan.

“Semoga adik Umar sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT serta dimakbulkan apa sahaja yang Umar hajatkan. Amin Ya Allah,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top