Schauffele juara Terbuka British

Schauffele juara Terbuka British


Troon, United Kingdom: Xander Schauffele berkata, ketenangan membantunya menjuarai Terbuka British sekali gus gelaran ‘major’ keduanya hanya dua bulan selepas menjuarai Kejohanan PGA.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 30 tahun itu mempamerkan aksi sempurna pada pusingan akhir awal pagi tadi dengan mencatat enam bahawa par 65 di Royal Troon untuk mengetepikan pencabar lain dalam kelompok pendahulu bagi memastikan Claret Jug miliknya.

Schauffele menamatkan permainan dengan sembilan bawah par, dua pukulan di depan Justin Rose dari England dan Billy Horschel (AS).

Schauffele yang mencipta rekod dengan catatan 21 bawah par ketika menjuarai PGA di Valhalla pada Mei muncul pemain pertama menjuarai dua ‘major’ dalam setahun sejak Brooks Koepka pada 2018.

Kemenangan di pantai barat Scotland itu melengkapkan dominasi pemain AS dalam meraih gelaran terbesar pada 2024.

“Saya fikir (menjuarai PGA) dapat membantu saya dan terbukti ia menjadi. Saya lebih tenang, ketenangan yang tak saya dapat ketika saya beraksi pada peringkat awal di PGA,” kata Schauffele.

“Saya beritahu kedi Austin (Kaiser) yang saya sangat tenang ketika beraksi dan dia kata seperti mahu termuntah di tee ke-18.

“Saya hanya beritahu diri sendiri supaya kekal fokus dan terus bergerak tanpa gangguan,” tambah pemain nombor tiga dunia itu yang menyifatkan menjuarai Terbuka British sebagai impian jadi kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top