Pelakon Uqasha Senrose berkata anaknya iaitu Hawra Uqaira menjadi sebab utama dia bertahan dalam perkahwinan sebelum ini.
Menerusi sesi siaran langsung semalam, Uqasha berkata setahun dia bersabar sebelum membuat keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli.
BACA: ”Uqasha Yang Saya Kenali, Tak Pandang Harta Benda”
Sementara itu, Uqasha mengakui masalau rumah tangga adalah ujian buat dirinya dan manusia tidak akan berhenti diuji.
“Dah terlampau masak, terserah kepada kalian dan saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa.
“Betul ini adalah dugaan, dugaan untuk diri saya. Mungkin bahagian saya begini dan setiap manusia tidak akan henti diuji,” katanya.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.






