“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli


Usahawan selebriti, Nur Fazura tampil menasihatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan rumah tangga pasangan selebrit, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, yang kini sedang hangat diperkatakan.

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak, sebaliknya mendoakan agar pasangan itu menemui jalan terbaik dalam hubungan mereka.

“Kita doakan yang terbaik buat Uqasha dan Kamal. Kita sebagai umat Islam, kita jangan campur urusan rumah tangga orang.

“Uqasha ke, kamal? No team-team. Itu adalah urusan rumah tangga mereka berdua sahaja. Biar mereka selesaikan. Kita doakan yang baik-baik. Kalau yang baik yang Allah reda itulah yang terbaik buat mereka.,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Jelasnya, hanya pasangan suami isteri sahaja yang memahami perjalanan hubungan mereka sekali gus tindakan mencampuri urusan rumah tangga orang lain dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral.

“Janganlah nak condem Uqasha ke? Kamal ke? Itu urusan mereka berdua sahaja.

“Hanya mereka yang tahu baik dan buruk masing-masing. Dan nampaknya sekarang mereka berdua sedang dalam proses muhasabah diri.

“Jadi jangan campur urusan rumah tangga orang. Itu adalah sifat atau perangai tak baik dan tak bermoral. Jangan. Saya nasihatkan diri saya juga dan semua, sama-sama kita berjuang.  jangan campuri urusan rumah tangga orang,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Sayangi Dirimu’ itu turut menegur segelintir individu yang gemar menjatuhkan hukuman terhadap wanita lain, terutamanya berkaitan status perkahwinan dan keluarga.

“Dan, apabila kita melihat terutamanya para wanita .. Jangan nak condem wanita-wanita lain pula. Anak satu ke? Anak dua ke? Anak tiga? Anak empat? Anak lima? Tak kisah… masing-masing ada struggle masing-masing.

“Dont judge, be a good muslim, be a good human being, bagi motivasi. Kalau tak ada apa-apa nak cakap, say nothing at all,” tegasnya.



Source link

OR

Scroll to Top