Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman berkongsi detik perkenalan dengan suaminya, Brigedier General Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh.
Memetik Oh Bulan, Fauziah atau lebih mesra disapa Mama Zie berkata dia berkenalan dengan suaminya pada Jun lalu dan sebulan kemudian terus mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga.
BACA: Ibu Shila Amzah Bakal Kahwin Dengan Duda
“Kami berkenalan pada bulan enam dan sebulan kemudian, dia (suami) terus ajak kahwin. Serina Redzuan yang kenalkan kami.
“Kalau kita nak kenal orang sebenarnya, lama mana kita hidup dengan dia pun sebenarnya kita tak kenal pun di sebalik diri dia. Jadi biarlah kita bersama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan,” katanya.
Sementara itu, Mama Zie berkata dia terpikat dengan personaliti suaminya sekaligus membuatkan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri.
“Mungkin ketika tu pun kita tengah kosong kan, tak ada siapa-siapa. Tersuka pula ketika itu. Tiba-tiba dia datang, kita terima.
“Saya suka senyuman dia. Yang kedua mungkin sebab dia suka buat pickup line. Pickup line paling power,” katanya.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata jodoh dengan Fauziah adalah takdir yang ditentukan oleh Allah tambahan pula anak-anaknya juga menerima isterinya dengan baik.
“Mungkin Allah yang takdirkan semua sebab berjalan dengan lancar. Sebab saya dah single 8 tahun dah… membesarkan anak. Bila saya nak terima Zie (isteri) ini, saya pun bawa anak jumpa. Tengok anak serasi.
“Bila kita kahwin, kita tak naklah kita dua orang yang bahagia. Kita nak bertambah ahli. Kalau dapat dia, hilang anak pun tak guna juga,”katanya.
Sumber: Oh Bulan






