Sedia gegar Angsana Mall

Sedia gegar Angsana Mall



suliati@hmetro.com.my

Selepas kejayaan besar di Bandar Tun Hussein Onn, UDA Holdings Berhad (UDA) kini bersedia untuk menggegarkan Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru sempena Karnival UDA 2024@Johor yang bakal bermula dari 11 hingga 13 Oktober ini.

Menerusi penganjuran karnival sebelum ini, iaitu Karnival UDA 2024@Lembah Klang yang berlangsung pada 27 hingga 29 September lalu di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn menerima kehadiran lebih 206,000, sekali gus menjadi salah satu acara paling meriah di lokasi terbabit tahun ini.

Kini, UDA meneruskan momentum itu dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik di Johor Bahru dengan fokus utama karnival adalah pameran hartanah dan gerai jualan usahawan.

Sepanjang karnival tiga hari itu, UDA menyediakan promosi dan pakej istimewa buat pembeli hartanah UDA menerusi kempen Jimat Super Deals.

Kempen menawarkan pelbagai insentif termasuk pelan pemilikan mudah, yuran guaman percuma untuk surat cara perjanjian jual beli dan bayaran pendahuluan rendah, menjadikannya peluang terbaik komuniti setempat memiliki hartanah.

Selain itu, sempena kempen ini juga pembeli hartanah UDA yang layak turut berpeluang menyertai cabutan bertuah serta berpeluang memiliki sebuah kereta Proton S70.

Menariknya, bagi memeriahkan lagi karnival pada tahun ini, UDA menyediakan zon khas untuk seisi keluarga antaranya Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Fiesta Bakat, Pa & Ma dan Jualan Pelbagai.

UDA juga turut menampilkan kelainan bagi mewujudkan karnival yang mesra keluarga dan interaktif dengan berkolaborasi bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengelolakan Fiesta Bakat seperti Bola Jaring 3 on 3, Hoki 3 on 3 dan memanah serta pameran MSN dan Malaysian Athletes Career & Education (MACE).

Karnival UDA 2024 di Johor ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan usahawan, pameran hartanah UDA, pendaftaran vendor UDA, serta reruai dari agensi KUSKOP dan rakan strategik dan jualan MADANI oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Haziq Rosebi dan HyperAct, sesi Zumba Go Banghra Fitness, Hijabista Makeup Challenge dan pertandingan karaoke.

Bagi si kecil, pelbagai aktiviti disediakan termasuk Program Jom Mewarna Bintang Kecil Bersama Didi & Friends, sukan rakyat, himpunan Martial Art Si Cilik serta pertunjukan api.

Menerusi penganjuran karnival ini, UDA berharap dapat terus menyatukan komuniti setempat khususnya di negeri Johor dengan menyediakan pelbagai rangkaian hartanah yang sesuai untuk semua generasi, menggalakkan pemilikan hartanah dan mempergiat aktiviti keusahawanan setempat bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang berkunjung dan merasai kemeriahan Karnival UDA 2024.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top