Pelakon, Betty Rahmad berkongsi pandangan menyentuh hati apabila menyifatkan kehadiran ke majlis ilmu sebagai satu bentuk ‘servis’ untuk memperbaiki diri dan menyegarkan kembali iman.
Menurut Betty atau nama lengkapnya, Norsha Rahmad Ali, 44, majlis ilmu berperanan penting dalam membantu seseorang kembali ke landasan yang betul apabila hati mula tersasar daripada jalan kebaikan.
“Majlis ilmu ini ibarat ‘service center’ bagi saya. Alignment tayar lari, tukar minyak hitam, servis aircond. Macam tu lah iman kita.
“Bukan pergi sebab diri baik, tapi sebab nak cuba jadi baik. Nak belajar ilmu yang boleh jadi bekal bila mati nanti. Bila rasa nak tersasar, hadir majlis ilmu, Allah tarik balik ‘back on track’,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.
Tambah Betty, apabila sesuatu yang buruk berlaku, dia memilih untuk menyalahkan diri sendiri atas kekhilafan yang dilakukan, bukan menyalahkan majlis ilmu yang penuh keberkatan.
“Segala yang buruk jadi, salahkan diri saya yang sentiasa buat dosa, jangan salahkan majlis ilmu yang indah dipenuhi para malaikat. Cuba pergi tau,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Betty menjadi tumpuan ramai selepas menganjurkan ‘Bachelorette Usrah’ untuk penyanyi Amira Othman, yang turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Artikel Berkaitan: “Sejak Buat ‘Bachelorette Usrah’, Hidup Saya Bawah Pemerhatian… Cakap Apa Pun Salah” – Betty Rahmad






