“Segala Yang Buruk Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu”

“Segala Yang Buruk Salahkan Diri Saya, Jangan Salahkan Majlis Ilmu”


Pelakon dan usahawan Betty Rahmad menyifatkan majlis ilmu seperti pusat servis buat dirinya dimana ianya membantu untuk membaiki diri ke arah lebih baik.

Menerusi perkongsian di Threads, Betty berkata dia ke majlis ilmu bukan kerana dirinya baik sebaliknya cuba untuk menjadi lebih baik serta mendapatkan ilmu untuk dijadikan bekalan apabila meninggal dunia kelak.

BACA: Anak Mengaji, Pemergian Siti Sarah Jentik Hati Betty Rahmad Berhijab

“Majlis Ilmu ni ibarat “service center” bagi saya. Allignment tayar lari, tukar minyak hitam, service aircond etc pergi sana. Macamtu lah iman kita. Bukan pergi sebab diri baik, tapi sebab nak cuba jadi baik. Nak belajar ilmu yang boleh jadi bekal bila mati nanti,” katanya.

Sementara itu, Betty turut berkata majlis ilmu memberi ruang untuknya kembali ke landasan apabila diri mula lalai atau tersasar serta menyeru orang ramai untuk mengikut majlis ilmu.

“Bila rasa nak tersasar, hadir majlis ilmu Allah tarik balik back on track. Segala yang buruk jadi salahkan diri saya yang sentiasa buat dosa, jangan salahkan majlis ilmu yang indah dipenuhi para malaikat malaikat. Cuba pergi tau,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top