“Sejak Buat ‘Bachelorette Usrah’, Hidup Saya Bawah Pemerhatian… Cakap Apa Pun Salah” – Betty Rahmad

“Sejak Buat ‘Bachelorette Usrah’, Hidup Saya Bawah Pemerhatian… Cakap Apa Pun Salah” – Betty Rahmad


“Cakap apa pun salah dan dijadikan isu”.

Demikian respons pelakon dan usahawan, Betty Rahmad apabila dia meluahkan rasa kecewa dek kerana setiap kenyataan atau perkongsiannya di media sosial sering dijadikan bahan perdebatan dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran di platform Threads, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, 44, mengakui dirinya kini seolah-olah berada di bawah pemerhatian selepas memuat naik perkongsian mengenai majlis meraikan sahabat baiknya, penyanyi Amira Othman, dalam sebuah acara yang digelar ‘Bachelorette Usrah’.

Menurut Betty, walaupun niat asalnya hanya untuk berkongsi momen bahagia, ada segelintir pengguna media sosial yang meninggalkan komen berbaur sindiran dan menjadikan perkara itu isu besar.

“Okay saya harus akur, sejak buat Bachelorette Usrah… hidup saya dibawah pemerhatian.

“Cakap apa pun salah dan dijadikan isu. Semua benda akan dikaitkan. Malas lah layan orang macam ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil memperrtahankan tindakan Betty dan menganggap apa yang dikongsikan itu hanyalah sebagai teguran dan peringatan.

Bagaimanapun, enggan mengambil pusing sikap segelintir netizen yang sentiasa kurang senang dengan kenyataannya, Betty menerusi hantaran terkininya di platform sama memaklumkan, dia telahpun menyekat warganet yang sering menimbulkan isu dan salah faham di ruangan Threads miliknya.



Source link

OR

Scroll to Top