July 23, 2024

Sekat peruntukan tidak seharusnya berlaku pada era politik moden

Sekat peruntukan tidak seharusnya berlaku pada era politik moden


KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani didakwa memanipulasikan isu berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menutup ketidakadilan kepada rakyat yang memilih wakil rakyat bukan daripada kerajaan, kata Naib Presiden Gerakan, Koo Shiawa Lee.

Terbaharu melibatkan Parlimen Muar yang dikatakan Kerajaan Madani memperuntukkan RM316 juta ataupun RM2.7 juta, namun, Syed Saddiq mengatakan ini satu kebohongan  kerana kelulusan tersebut hanya untuk pembangunan bukan mengurus.

Menurutnya, walaupun tidak terlibat secara langsung, sebagai rakan komponen Perikatan Nasional, Gerakan akui isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang berlarutan seolah-olah tiada kesudahan boleh diibaratkan ‘kusut di hujung dengan pangkal’.

Sekiranya Kerajaan Madani mahu mengamal ‘politik dendam’ ataupun ‘witch hunting’ namun jangan terlampau menindas dan ‘ikat’ pilihan rakyat dengan peruntukan yang tidak adil iaitu RM4 juta untuk ahli Parlimen kerajaan tetapi RM0 untuk ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Koo, sampai bila Kerajaan Madani mahu menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyatnya sendiri, apatah lagi Syed Saddiq sudah berjumpa sebanyak lapan kali untuk membincang hal berkaitan peruntukan.

“Semasa pilihan raya sebelum ini Pakatan Harapan dalam ‘tawaran harapan’ mengatakan bakal menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya sama rata.

“Kononnya wakil rakyat parlimen akan diberikan sama rata peruntukan tidak mengira parti demi kepentingan rakyat. Namun hari ini, bila jadi kerajaan Pakatan Harapan seperti hilang ingatan,” dakwanya lagi.

Tambah beliau, ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya disekat menerima peruntukan, amalan ini tidak seharusnya berlaku lagi pada era politik moden.

Lee berkata, sekatan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang seolah-olah politik Malaysia masih belum matang dengan sebaiknya.

“Apabila kita memikirkan masa depan Malaysia, adalah penting untuk memastikan bahawa semua kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai oleh pembangkang, menerima peruntukan yang adil dan mencukupi untuk pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Jika kita mahu melihat Malaysia maju dan berjaya, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk memastikan peruntukan disalurkan secara adil kepada semua kawasan, tanpa mengira parti politik yang memerintah. Ini adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top