Sekolah Boleh Tutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celcius 3 Hari Berturut-Turut

Sekolah Boleh Tutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celcius 3 Hari Berturut-Turut


Sekolah dibenar menutup operasi sekiranya suhu di kawasan setempat melebihi 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Bagi suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius selama tempoh sama pula, semua aktiviti luar perlu dihentikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah itu selaras dengan garis panduan yang digubal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2023.

Katanya, garis panduan tersebut diguna pakai apabila cuaca panas dan kering semakin kritikal, selain yakin Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah mempunyai pengalaman mencukupi untuk mengurus situasi berkenaan.

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng di Perak, hari ini.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata antara aktiviti luar yang perlu dihentikan termasuk perkhemahan, kawad, aktiviti pertanian serta sukan dan permainan di luar bangunan.

Katanya, KPM turut mengingatkan semua pentadbir sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi membolehkan tindakan segera diambil.






Source link

OR

Scroll to Top