June 18, 2024

Sekretariat Perpaduan bincang PRK Kuala Kubu Baharu – Saifuddin


KUALA LUMPUR – Sekretariat Perpaduan mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu di sini malam tadi.

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mesyuarat diadakan dengan rakan-rakan pimpinan lain di World Trade Centre (WTC).

“Perbincangan malam ini (tadi)adalah sesi persediaan memperkukuh jentera serta gerak kerja Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Kubu Bharu dan hasil mesyuarat ini akan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan di media sosial malam tadi.

Menurut Saifuddin, perbincangan berlangsung dengan cukup baik dan harmoni juga adalah sebahagian dari terjemahan kepada persefahaman yang intact, compact & functioning.

“Insya-Allah, Perpaduan untuk DUN Kuala Kubu Bharu,” katanya.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top