Pelakon Zul Huzaimy seolah tekrejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM300 untuk mengikuti satu sesi kelas mengaji.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 48 thaun itu meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintiri individu yang didakwa mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengajar mengaji.
BACA: Kes Haqiem Stopa: Zul Huzaimy Minta Jangan Judge Mat Rempit, Dikelilingi Wanita Itu Biasa
Bagaimanapun, Zul berkata dia akur dengan jumlah yang dikenakan kerana dia memerlukan bimbingan mengaji itu.
“Sekarang ini, satu sesi mengaji harganya sebanyak RM300. Selagi kita tak bayar, selagi itulah kelas mengaji tidak akan berjalan. Disebabkan saya memang mahukan kelas itu, memang kena bayar,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata sebagai ibu bapa kita sepatutnya yang perlu mempunyai ilmu dan mengajar anak-anak daripada menghantar mereka belajar dengan individu lain.
“Dan lagi satu, sebagai ibu bapa, kenapa kita nak hantar anak-anak belajar agama dekat ustaz? Sepatutnya kita yang ajar mereka. Kita yang kena ada ilmu dan kemudiannya ajar anak-anak,” katanya.
Sumber: mStar Online






