'Selamat datang ke JDT, Teto!'

'Selamat datang ke JDT, Teto!'


Kuala Lumpur: Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan satu lagi tambahan menarik ke dalam skuad mereka apabila menandatangani pemain muda berbakat dari Sepanyol, Teto Martin.

Pengumuman rasmi mengenai perpindahan pemain sayap berusia 23 tahun itu dibuat menerusi laman sosial Johor Southern Tigers semalam, dengan Teto menjadi rekrut terbaharu dalam usaha memperkukuh pasukan Harimau Selatan.

“Pemain tengah muda dari Sepanyol milik kami,” kata JDT ringkas di platform media sosial rasmi kelab.

“Selamat datang ke JDT, Teto!”

Teto atau nama sebenarnya Alberto Martin Diaz, menyertai JDT selepas meninggalkan kelab Sepanyol, CD Tenerife, yang mana dia melakukan 21 penampilan dalam saingan La Liga 2 selain dua kemunculan dalam Copa del Rey.

Kehadiran Teto dijangka memberi lebih banyak pilihan taktikal buat ketua jurulatih, Xisco Munoz khususnya di posisi sayap selain memperkukuh persaingan dalam kalangan pemain sedia ada.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top