“Selamat Hari Lelaki, Muhammad Sajjad” – PU Rahmat Titip Pesanan Sinis Buat Sajat?

“Selamat Hari Lelaki, Muhammad Sajjad” – PU Rahmat Titip Pesanan Sinis Buat Sajat?


Penceramah bebas, PU Rahmat sekali lagi menarik perhatian warganet apabila memuat naik kenyataan yang dipercayai ditujukan kepada usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Dalam satu hantaran di media sosial, PU Rahmat mengucapkan ‘Selamat Hari Lelaki’ sambil menegaskan identiti sebenar usahawan itu.

“Selamat hari lelaki @nursajatkamaruzzaman. Surat beranak awak bukti kelakian anda.

“Selamat Qawwam brother, Muhammad Sajjad (orang yang bersujud),” tulisnya ringkas.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, PU Rahmat sempat memberikan pesanan bahawa lelaki berhak merasa sedih dan lemah melainkan yang berpura-pura dan menganggap diri mereka sebagai perempuan.

“Golongan lelaki juga boleh menangis dan berasa lemah melainkan mereka yang mengaku perempuan sedangkan dalam surat beranal lelaki,” jelasnya.

Kenyataan itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata melihatnya sebagai teguran sinis terhadap identiti  usahawan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Luahan Penuh Emosi Sajat, Bertahan Masalah PTSD Demi Anak – “Bila Mereka Panggil ‘Ummi’, Dunia Terus Bercahaya”

ARTIKEL BERKAITAN:Wajah Bengkak Dikritik, Sajat Tampil Respons – “Saya Buat Bukan Untuk Menunjuk Tapi..”

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Disebut Siti Nurhaliza Atas Pentas, Fasha Sandha Puji Sajat – “Dia Hebat… Kita Tak Layak Menghukum”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sajat Nak Pergi Umrah Atau Haji, Itu Hal Dia Dengan Allah” – Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sajat Mahu Tunai Umrah Kali Kedua, Kali Ni Berpenampilan Sebagai Lelaki – “Saya Tak Nak Ulangi Kesilapan Lalu”

 



Source link

OR

Scroll to Top