Perkongsian penceramah bebas, PU Rahmat menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran ditujukan kepada pempengaruh media sosial sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad.
Menerusi hantaran di Threads, PU Rahmat mengucapkan ‘Selamat Hari Lelaki’ buat Sajat serta mengatakan surat beranaknya membuktikan dirinya seorang lelaki.
BACA: Sajat Berjaya Beli Kereta Mercedes, Hasil Kerja Keras
Turut menjadi perhatian, dalam satu hantaran lain PU Rahmat berkata kaum lelaki juga boleh menanigs dan berhak merasa lemah melainkan yang berpura-pura menganggap diri mereka perempuan.

“Selamat hari lelaki .. ingat lelaki boleh menangis dan boleh merasa lemah. Yang tak leh ngaku jadi perempuan je sedangkan dalam surat beranak lelaki,” tulisnya.






