Selamat kembali kepada UMNO – Ahmad Zahid

Selamat kembali kepada UMNO – Ahmad Zahid

Selamat kembali kepada UMNO – Ahmad Zahid


ISKANDAR PUTERI: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat kembali kepada bekas pemimpin dan ahli parti itu yang membuat keputusan untuk kembali kepada parti menerusi gagasan Rumah Bangsa.

Antara yang hadir di Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity, di sini adalah Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tan Sri Noh Omar dan juga Tan Sri Syed Hamid Albar.

Kehadiran ketiga-tiga pemimpin itu turut disambut dengan majlis penyerahan borang keahlian yang disempurnakan Ahmad Zahid sendiri dihadapan lebih 10,000 jentera yang hadir.

“Rumah Bangsa ini telah menerima sambutan yang sangat-sangat luar biasa. Bukan sahaja di kalangan pemimpin lama daripada UMNO yang telah bertukar arah suatu ketika dahulu, kini kembali. Yang lebih mengagumkan ialah dalam kalangan anak-anak muda di mana mereka merupakan kira-kira 82 peratus daripada seluruh permohonan yang kita terima.

“Dan kita harap di Johor ini, mereka akan turun bersama untuk berkempen memenangkan calon BN. Saya yakin mereka masih mempunyai pengaruh, begitu juga anak-anak muda. Mereka boleh menggamit sokongan daripada pengundi 18 dan pengundi-pengundi lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity, di sini hari ini.

Tambah Timbalan Perdana Menteri itu, kebanyakan pemimpin UMNO yang telah kembali kepada parti berkenaan turut menawarkan diri untuk membantu memenangkan calon BN pada PRN Johor ini.

Terdahulu, kehadiran bekas pemimpin UMNO berkenaan mendapat sambutan dan sorakan gemuruh ahli-ahli yang hadir.-UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top