September 8, 2024

Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik – Akmal Saleh

Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik – Akmal Saleh


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan Akta Anti Lompat Parti yang diperjuangkan selama ini disia-siakan demi kepentingan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tindakan segelintir pihak yang mementingkan diri mengakibatkan rakyat membenci ahli politik.

“Maka sia-sialah Akta Anti Lompat Parti yang diminta oleh rakyat selama ini.

“Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri. Jangan marah rakyat jika rakyat benci kepada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi enam bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bangun mempertikaikan notis keputusannya yang diterima Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), dan Zahari Kechik (Jeli).

Selain itu, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top