Selangor FC gagal jinakkan Melaka FC

Selangor FC gagal jinakkan Melaka FC


 

 

MELAKA: Selangor FC hampa gagal menjinakkan Melaka FC selepas hanya mampu terikat dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

Walaupun The Red Giants menguasai babak perlawanan namun tindakan penyudah mencipta jaringan gagal diperolehi dengan prestasi cemerlang benteng pertahanan skuad Sang Kancil.

Kkeputusan itu terus melebarkan rekod tanpa kalah Selangor dalam 11 perlawanan dengan merekodkan lapan kemenangan dan tiga seri di bawah kendalian bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Selangor terus kekal di tangga kedua liga di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Melaka terus menghuni dua tangga terbawah.

Aksi awal agak hambar kerana permainan berhati-hati kedua-dua pasukan hanya pada minit ke-23 Alvin Mateus Fortes nyaris mencipta jaringan awal buat pelawat namun sepakan kencangnya ditepis penjaga gol Mohd Firdaus Irman pada minit ke-23.

Empat minit selepas itu pemain pertahanan Melaka FC, Alexander Lyngbo melepaskan rembatan kencang dari jarak jauh namun mudah diselamatkan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz.

Pada minit ke-37, tuan rumah terus memberi tekanan kepada pelawat apabila Dino Kalesic melakukan rembatan kencang namun Kalamullah lebih tangkas menyelamatkan keadaan.

Selangor tampak pincang untuk mencuri peluang mencipta jaringan dengan benteng pertahanan Melaka FC cukup ampuh hingga sukar buat Faisal Halim dan Chrigo Moraes hilang tumpuan.

Pelawat terus mengandakan asakan pada babak kedua dengan rembatan kencang Noor Al-Deen Mahmoud sekadar melewati palang gol pada minit ke-57.

Lima minit itu selepas giliran Moraes pula hampa melihat rembatannya keluar di sebelah kiri pintu gol tuan rumah.

Pada minit ke-69 Jose Vitor pula kecewa rembatan kencangnya mudah ditangkap kemas Mohd Firdaus. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top