Selangor Galak Rakyat Belajar Bahasa Asing, Tawar Kelas Percuma

Selangor Galak Rakyat Belajar Bahasa Asing, Tawar Kelas Percuma

Selangor Galak Rakyat Belajar Bahasa Asing, Tawar Kelas Percuma


Kerajaan Selangor akan menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun depan sebagai usaha memperkukuh penguasaan pelbagai bahasa serta memupuk perpaduan masyarakat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebelum ini telah diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 melalui kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pusat-pusat bahasa, dan menerima sambutan yang menggalakkan.

BACA: Selangor Laksana Insentif Tunai RM1,200 Untuk Ibu Yang Bekerja

Menurutnya, kelas yang sebelum ini mengenakan bayaran minimum RM10 kini akan ditawarkan secara percuma sebagai pendedahan awal kepada pembelajaran bahasa yang lebih mendalam.

“Bahasa bukan punca perpecahan, sebaliknya kekuatan untuk membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat Selangor bakal berpeluang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, Jerman dan Sepanyol secara percuma, dengan sasaran melahirkan masyarakat yang fasih sekurang-kurangnya tiga bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan golongan muda menguasai teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum dan inovasi digital bagi memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang semakin mencabar.






Source link

OR

Scroll to Top