Selangor tekad akhiri kemarau gelaran juara

Selangor tekad akhiri kemarau gelaran juara


Kinoshi semasa sidang media pra perlawanan akhir pertama Piala Cabaran di Petaling Jaya pada Jumaat. Foto: Liga Bolasepak Malaysia.

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi membakar semangat anak buahnya untuk menamatkan kemarau kejuaraan domestik yang menghantui pasukan itu hampir 10 musim.

Malah, jelas pengendali kelahiran Jepun itu, peluang terbaik buat The Red Giants adalah pada aksi final pertama Piala Cabaran menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Sabtu.

Pada masa sama Kinoshi juga menyedari penantian yang panjang ini amat perit buat penyokong setia Red Giants, menuntut pemainnya berjuang habis-habisan bagi menghadiahkan gelaran juara kepada penyokong mereka.

Baginya, pentas final ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan sejarah baharu tercipta sekali gus menggembirakan penyokong Selangor.

“Kita mesti faham bahawa kita bakal mengalami satu peristiwa yang cukup penting. Dan kini kita berpeluang mencipta sejarah kita sendiri.

“Kita ada peluang untuk mengubah sejarah (menamatkan kemarau trofi) pasukan Selangor. Jadi, kita mesti faham tentang perkara ini di mana kita perlu memiliki keazaman (untuk mendapatkannya).

“Kita mesti ada keinginan untuk membina sejarah pasukan Selangor demi masa hadapan.

“Bukan saja untuk rakan-rakan tetapi juga semua orang yang berjuang dan menyokong Selangor,” kata Kinoshi ketika sidang media pra perlawanan di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, pada Jumaat.

Sebagai rekod, Piala Cabaran adalah satu-satunya peluang Selangor untuk menamatkan kemarau kejuaraan domestik selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015.



Source link

OR

Scroll to Top