Selangor tersingkir saingan ACL2

Selangor tersingkir saingan ACL2


Selangor terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan ACL 2 selepas terkandas di peringkat kumpulan. FOTO: SELANGOR FC

KEMENANGAN besar 4-0 ke atas Cebu FC dalam aksi terakhir Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) di Stadium Rizal Memorial di Manila pada Khamis tidak dapat membantu skuad Gergasi Merah melangkah ke pusingan 16.

Ia selepas pasukan dari Thailand, Muangthong United berjaya mengatasi Jeonbuk Hyundai 1-0 di Stadium Rajamangala untuk mengesahkan kedudukan kedua kumpulan sekali gus mengiringi Jeonbuk ke pusingan 16.

Selangor menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Jeonbuk di kedudukan teratas dengan 12 mata diikuti Muangthong (11 mata) di kedudukan kedua dan cebu di kedudukan tercorot dengan hanya satu mata.

Dalam aksi berdepan Cebu itu, Selangor berjaya membuka tirai jaringan menerusia Yohandry Orozco pada minit ke-43 hasil hantaran lintang Alvin Fortes.

Skuad Gergasi Merah semakin garang menambah gol kedua dua minit selepas separuh masa kedua bersambung sekali lagi melalui Orozco yang bijak memperdayakan pertahanan Cebu sebelum merembat menewaskan Badelic di gawang gol.

Noaa Laine menambah derita tuan rumah menerusi jaringan menarik pada minit ke-56 disusuli jaringan keempat daripada Fortes untuk kemenangan berpihak kepada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu.



Source link

OR

Scroll to Top