“Kita orang sama juga macam rombongan Sumud Frotilla tempohari. Kami enjoy the moment”.
Demikian respons yang diberikan Erma Fatima selepas beberapa komen jelik ditinggalkan individu menerusi perkongsian video memaparkan suasana majlis persandingan pasangan popular, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menurut Erma, hadir pada acara kenduri mahupun menziarahi orang meninggal adalah sesuatu yang baik apatah lagi masing-masing tetamu yang hadir saling mendoakan antara satu sama lain.
“Setahu akulah ziarah orang meninggal, hadir kenduri adalah sesuatu yang baik.
“Kita saling mendoakan untuk kebaikan. Ni tak, selebriti yang hadir majlis nikah Fattah Amira ni macam rombongan sumud flotilla.
“Dewan Kahwin tu macam kena kepung. Bersepah peluru macam sampah tembak rombongan yang pergi ni,” katanya.
Bagaimanapun, dramatis popular itu, mengakui, dia tidak terkesan dengan kritikan dan komen yang diberikan warganet. Malah menyifatkan komen tersebut hanyalah seperti ‘serangan langau’ sahaja.
“Tapi setakat peluru sampah tu, kita orang sama juga macam rombongan Sumud Frotilla tempohari. Kami enjoy the moment. Alah, setakat serangan langau acah je tu,” katanya.







