“Selepas Dibebaskan, Dunia Akhirat Aku Ada RM28 Je, Tiada Simpanan” 

“Selepas Dibebaskan, Dunia Akhirat Aku Ada RM28 Je, Tiada Simpanan” 


Pelakon Azar Azmi mendedahkan situasi kewangannya selepas. dia dibebaskan dari mahkamah dimana dia hanya mempunyai wang RM28 sahaja dan tiada simpanan.

Menerusi podcast bersama Nona, Azar yang dilihat tidak dapat menahan air mata berkata dia tiada apa-apa.

BACA: “Nak Dibandingkan Pasangan Lain, Saya Cemburu” – Azar Azmi

“Ada satu benda yang memang tiada seprang pun yang tahu megenai perkara ini. Ketika aku kena ambil hari itu, habis dan tiada apa-apa langsung.

“Aku dibebaskan dan lepas aku keluar, dunia akhirat aku ada tinggal RM28 sahaja. Totally aku tiada apa dah. Simpanan pun aku tiada,” katanya.

Menurut Azar lagi, dia menjadi takut untuk untuk berdepan dengan orang ramai kerana bimbang dengan pandangan terhadap dirinya.

“Ketika aku nak melangkah keluar, aku jadi takut nak jumpa orang. Takut terhadap pandangan, tomahan dan makian orang,” katanya.

Lebih sebak apabila Azar mengatakan pakaian yang dipakainya juga bukan miliknya serta bersyukur kerana ada adik beradik yang membantunya.

“Saya tiada apa-apa. Apa yang ada di badan, tudung kakak saya punya, baju arwah mak dan kasut pun kakak punya.

“Saya beruntung sebab ada kakak dan adik-adik yang membantu. Kalau tak, saya rasa tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top