Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein memaklumkan pengunduran diri sebagai penyampai radio di stesen Era FM.
Difahamkan, Elly memberitahu mengenai perkara itu diruangan komen di Instagram miliknya menjawab pertanyaan daripada seorag pengikutnya berkenaan perancangan showcase solo.
BACA: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh…” – Elly Mazlein, Nabil Ahmad Sudah Berbaik

“Macam tak jadi sebab Kak Lina undur diri dari Era FM. InsyaAllah kita tunggu rezeki apa Allah nak bagi,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elly tidak memamklumkan lebih lanjut bilakan dia menamatkan tugasnya sebagai penyampai radio.
Terdahulu, timbul dakwaan Elly bakal meninggalkan radio Era selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen Carta Era 40.
Sumber memberitahu ianya bukan keputusan mudah buat Elly kerana dia sangat sayangkan keluarga Era.