Penerbit dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto dari lokasi penggambaran yang memberi bayangan dia kembali ke kerusi pengarahan.
Kini aktif sebagai penulis dan penerbit, Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali berkongsi gambar berada di set bagi sebuah produksi kerjasama Malaysia dan Indonesia bersama barisan pelakon ternama seperti Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Hantaran itu turut menggunakan audio lagu Wahai Pemilik Jiwa nyanyian Opick selain memaparkan kehadiran beberapa selebriti Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: “Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima
Dalam kapsyen ringkas, Erma seolah-olah meluahkan perasaan rindu untuk kembali berada di set.
Difahamkan, Erma mengakui sudah lama tidak mengarah dan penglibatan kali ini sekadar memenuhi kerinduan terhadap suasana penggambaran.

Katanya, projek tersebut masih di peringkat awal dan belum diputuskan saluran atau tarikh tayangan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati” – Erma Fatima
Foto yang turut menampilkan pelakon Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino menguatkan andaian bahawa produksi ini berskala besar dan melibatkan kerjasama rentas negara.

Kali terakhir Erma mengarah ialah menerusi Pesan Dari Tuhan yang kemudian dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017, selain pernah menerima pengiktirafan Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7.






